Hi Asar

Masa saya merantau ke negeri orang, saya selalu pening nak tengok

  • Kiblat
  • Waktu solat

"Kan bagus kalau ada benda boleh beritahu berapa lama lagi masa untuk asar?"

Supaya tak terlalu lewat sangat solat tu.

Saya pon jenis kerja tak tengok jam.

Maka lewatlah solat. Sipi-sipi je lagi nak masuk waktu lain.

Then saya belajar 11ty, Website generator (macam WordPress la). Bezanya tak payah hosting, tak payah database. Semua serve secara percuma.

Maka lahirlah 'Asar'

Kiraan Asar (Waktu Solat)

Ada dua perkara saya ambil kira,

  • Lokasi (auto panggil tanpa minta permission (sorry!))
  • Kiraan Muslim World League

Kedua teknik ni memang serabut kepala. Tapi siap juga akhirnya (4 hari termasuk design).

Jangan lengah Solat

Sepanjang 40 tahun saya hidup, selalu solat lambat (sipi-sipi). Maka rezeki pon datang lambat sampai. Adil kan?

Maka saya cuba solat awal waktu. Pendek cerita rezeki pon sampai awal.

Jadi saya galakkan, solatlah awal

Penambahbaikkan

Jika ada penambah baikkan atau nak collab boleh DM saya di Twitter (kena follow dulu) @edwinmasripan

Credit

  1. Hazrul Nizam - memberitahu Malaysia tidak gunakan kiraan, sebaliknya JAKIM yang tentukan.
  2. Waktu Solat API - untuk panggilan API
"Sia-sialah pahala puasa jika tidak menunaikan solat." Waktu solat mengikut website Jakim